Tuesday, November 3, 2015

LEPAS SPM PART 1


Hai, Assalamualaikum,

hari ni nak share tentang apa yang aku buat lepas spm habis tahun lepas, time cuti cuti panjang ni lah korang semua kena manfaatkan, sebab nanti bila dah sambung belajar nanti busy pulak, first thing yang aku buat lepas je habis spm, mestilah tangkap gambar hahaha sebab dah habis paper kan, lepas tu jerit jerit kata dah habis okaylah semua orang pun buat macm tu .

the next day, aku mulakan lah apa selama ni aku nak buat lepas habis spm, time tu lah masanya nak balas balik tak keluar jumpa kawan beberapa bulan sebab nak study kononlah duduk rumah study padahal tengok tv lebih hahaha, lepas dah berhari hari keluar jumpa kawan sana sini, haa ni tipulah takde lah berhari hari hahaha sehari je pun 

lepas dah keluar dengan kawan kawan, ceh takde lah kawan kawan pun, keluar dengan meen berdua hahahaha, memang itulah pasangan keluar aku pun, takde orang lain, kalau nak keluar memang ajak dia je lah pergi mid valley tu makan sushi paling penting, lepas tu teman ibu pergi maha, okay ini best, memang penat nak berjalan dekat maha tu, tapi best ada macam macam.

maha with ibu

lepas dah pergi maha, ikut pulak ibu abah pergi perak jumpa ucu, time tu ucu dah nak bersalin, excited sangat habis habis spm nak dapat adik sepupu baru, rasa macam lepas satu kebahagian tambah lagi satu kebahagian, tapi disebabkan adik kita si amni ni taknak keluar bulan sama dengan kakngah dia, terpaksa lah balik kl balik sebab ibu nak kerja dah beberapa hari tu lahirlah dia pada tarikh 4 haribulan 12, rupanya dia nak sama tarikh dengan opah dia okay hahaha

amni

tengok muka dia garang bebenor hahaha ni time dia dah seminggu lahir takpun dah seminggu lebih, tak ingat dah, now dia dah nak setahun dah, cepat sangat besar, lepas dah pergi tengok dia dekat rumah opah dia terus ikut mak ana dengan family dia pergi pulau pangkor, best sebab dapat tengok laut tenang sikit lepas stress spm eceh konon konon la stress kan

Dutch Fort 

lepas dah pergi bercuti semua tu, baliklah kl dengan rasa tenangnya gila tak tenang dapat pergi bercutikan, tapi cuti lepas spm aku memang banyak aku berjalan je hahaha, kaki berjalan ni memang ikut perangai ibu habis, sebab ibu suka bercuti pergi sana sini sebab dia kata zaman dia muda muda dulu dia tak dapat buat sebab takde duit, tapi sekarang dah kerja dia nak pergi, abah pun jenis suka ikut berjalan dia pun join sekaki ikut isteri dia hahaha

lepas dari pergi pankor, beberapa hari lepas ke beberapa minggu pergi pulak perlis jumpa kakak ku tersayang, satu satunya kakak yang aku ada, time tu dia tengah cuti midsem kesian tak boleh balik sebab cuti sekejap sangat, jadi ibu abah ajaklah pergi sana tengok dia bawak pergi jalan jalan hahaha tak puas puas berjalan dekat perlis tu kan, okaylah itu jelah untuk part ni, nanti sambung .

much love,
nani










No comments:

Post a Comment