Sunday, March 13, 2016

FILEM MUNAFIK


Hai, Assalamualaikum

Semalam aku pergi hot air ballon fest, dekat putrajaya. Lepas dah puas jalan jalan tengok apa aktiviti yang ada dekat situ, aku pun ajak yasmin pergi tengok munafik dekat alamanda, sebab dah lama aku nak tengok tapi tak tahu nak ajak siapa, sebab semua orang yang aku ajak mesti kata dah tengok sedih betul hahaha, dah akhirnya aku ajak yasmin untuk teman tengok sebab aku seorang yang penakut nak tengok sorang sorang cerita cerita macam ni hihihi.

Jadi semalam aku pergilah alamanda walk in macam tu pergi beli tiket wayang, full okay dapat seat depan je, aku pun belilah tak kisah lah depan pun depan lah aku tetap nak tengok hahahaha. So here, pendapat aku tentang filem ni, sangat sangat banyak moral value and apa yang paling paling aku nak cakap adalah semua orang wajib pergi tengok serious ! pergilah tengok okay .

First, part syamsul yusof  as Adam accident and isteri dia meninggal that part memang sedih, ye lah in real life pun siapa tak sedih orang yang kita sayang pergikan, tapi yang membezakan kita semua adalah kekuatan kita untuk menerimanya dengan redha. First, adam ni tak boleh terima yang isteri dia dah takde, dia duduk rumah je sampai one day ayah dia datang dan ada orang call adam, a. galak as Imam Ali call kata nabila huda as Maria kena rasuk dan mintak tolong adam ubatkan.

Dari situ dia dah tak murung dan duduk rumah je, dia dah start kerja balik ubatkan orang, so dia pun tolonglah maria ni, lepas dia tolong maria semua tak lama lepas tu imam ali pulak meninggal, adam mula pelik dan dia dapat rasa yang kematian imam ali ni ada kena mengena dengan maria . sampai satu hari maria tu semakin teruk dan hilang.

Maria call adam kata nak jumpa dekat satu rumah lama ni, adam jumpa maria dekat tempat tu, dan adam tanya maria macam mana maria boleh ada dekat rumah lama tu dan maria mintak tolong adam untuk bawak dia keluar sebab dia tak jumpa jalan keluar dari sinilah mulanya, adam tahu semua benda macam mana dia boleh accident, macam mana imam ali boleh meninggal, kenapa maria selalu kena rasuk dan kenapa ayah adam datang rumah adam.

Serious ni filem melayu paling best, sangat best. Aku taknak cerita semua, jadi aku akan biarkan tergantung macam tu dan biarlah korang pergi tengok sendiri dan fahamkan, cerita dia best boleh buat korang insaf dan mula kembali kepada Dia, percayalah cakap aku, walaupun aku takut tengok filem ni, tapi in the end aku jadi sedih dan insafi diri, rasa macam banyak sangat dosa yang aku buat tanpa aku sedari dan macam mana beriman pun kita, syaitan tu akan tetap menganggu kita.

Kita kena sentiasa berbalik pada Dia, sebab Allah SWT selalu ada buat kita, dan dari sini aku belajar macam macam, Allah takkan turunkan ujian pada seseorang tu tanpa sebab, mesti ada hikmahnya dan Dia tahu setiap hambanya pasti ada jalan untuk tempuh setiap ujian yang Dia turunkan dekat kita, cuma kita yang kena tentukan sendiri dengan jalan macam mana kita mahukan. dan Dia sentiasa akan membantu kita dan memberikan pertolongan.

This is the best movie untuk tahun ni, sangat banyak moral values, dan satu pujian aku semua pelakon dalam filem ni menutup aurat dan takde pun part sentuh sentuh, sangat sangat menjaga batas, Alhamdulillah. Jadi korang semua pergilah tengok bersama keluarga okay, Syamsul Yusof sangat berbakat dan filem ni sangat menujukkan yang dia pengarah yang sangat hebat dari segala segi, idea dia untuk buat filem ni sangat bagus sebab banyak yang kita boleh pelajari, mungkin kita tak suka dengar ceramah atau membaca tentang agama, tapi mungkin dengan cara kita filemkan sesuatu yang berkaitan dengan agama dapat memberi hidayah kepada orang .

Semoga apa yang kita lakukan diberkati Allah, Semoga kita sama sama dapat baiki diri kita, dan satu lagi apa yang aku belajar dari filem ni, bila kita ikhlas memaafkan orang lain walaupun salah dia tu menyakitkan kita, tapi tahulah bila kita ikhlas memaafkan orang lain, benda itu akan dapat menolong diri kita dari segi melepaskan kita dari rasa marah, kecewa, benci dan dendam.

p/s: entry pasal lepas spm aku akan sambung bila aku dah habis final exam sem 2 ni okay .

much love,
nani


No comments:

Post a Comment