Friday, April 15, 2016

HATI


Hai, Assalamualaikum

korang semua tahu kan, bukan senang kita nak jaga hati orang macam tu juga hati kita sendiri. kadang kadang aku rasa macam takpe lah biarlah aku sakit asalkan kau bahagia, tapi lama lama aku rasa macam bestnya kau senyum bersayang sayang gelak happy je tapi bila aku tengok diri aku sendiri jk (jiwa kacau) layan semua lagu tangkap leleh hahahaha

itu dululah zaman zaman aku tahu bukan semua orang boleh terima semua orang ha faham tak ? fahamkan lah sendiri okay. patah hati ke hancur hati ke semua ni bukan boleh berlaku sebab orang yang kau sayang kau suka je tau, dengan kawan kawan, family pun boleh terjadi tau. ye lah hati tu bukan untuk someone je ! dia untuk macam macam kot ,

contoh kalau kawan, mungkin dari segi apa dia buat, terlepas cakap. aku pernah jugak buat benda benda macam ni, tapi bila kita sedar kita akan cuba untuk pulihkan balik, macam mintak maaf walau kita tahu benda tu kadang kadang terlalu susah untuk dimaafkan, tapi dengan kata maaf jugak boleh buat hati kita lembut balik dan tenang balik .

kalau dengan family, mungkin ada yang membandingkan kau dengan orang lain ke, atau kau cemburu dengan sesuatu benda tu pun boleh buat kau kecewa terasa hati, tapi mesti ada sebab benda tu terjadi. dengar lah penjelasan setiap ahli dalam family kau then fahamkan kenapa apa, mesti lepas tu korang boleh jadi lebih tenang dan boleh lah senyum balik .

haa lagi satu, soal soal nak move on hahaha, aku manusia paling susah nak move on, entah kenapa entah. tapi kalau dah move on tu sampai nak jumpa orang tu balik pun aku taknak dah hahaha sebab aku takutlah hati aku sakit balik ke, jadi aku lebih suka dah pergi tu pergi je janganlah pandang pandang belakang toleh toleh nak patah patah balik ke tak perlu, sebab masa yang aku ambik untuk pulihkan hati sendiri tu lama kan, jadi bila dah okay jangan pandang belakang !!!!!

aku tahulah, aku belum cukup dewasa lagi nak cakap pasal benda benda ni, tapi aku nak share je lah sikit sikit apa yang aku tahu selama hidup ni, mungkin apa yang terjadi ni pengajaran untuk aku, jadi aku kongsikan lah sikit sikit pengajaran dia . dan lagi satu ! kalau korang rasa hati tu sakit sangat hancur sangat, berdoalah dekat Allah, sebab dia "Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui" mungkin itu antara ujian dari dia buat korang supaya mengingati dia.

lagi satu ! kalau rasa ada buat salah terguriskan hati orang ke, mintak je maaf dekat dia okay, jangan takut jangan segan and  yang utama jangan ego !! dan jangan lah bagi harapan dekat orang walaupun kau rasa tu bukan harapan tapi kadang kadang manusia ni kalau dah suka yang bukan harapan pun macam bagi harapan, jadi berhati hati lah yea. okay sampai sini je lah, next post aku ada special post untuk driver terbaik asia yucks ! hahaha .

p/s: post ni sekadar nasihat untuk diri aku sendiri dan orang orang yang nak ambik benda ni sebagai nasihat untuk diri dia jugak, yang taknak tu baca, lepas tu buat tak tahu je okay.

much love,
nani 



No comments:

Post a Comment