BACK TO REALITY


Hai, Assalamualaikum 

yes ! selepas 2 bulan 2 minggu cuti duduk rumah, makan, tidur, jalan jalan, kerja untuk 2 hari dan akhirnya semester 3 pun bermula ! tak sangka pejam celik pejam celik dah setahun belajar dekat poli, macam macam drama macam macam hal jadi hahaha biasalah tu, semua orang akan rasa benda benda macam tu, tipulah hidup kau perfect takde drama langsung,

sepanjang cuti sem lepas, aku rasa aku banyak berjalan dari duduk rumah, dan aku jugak ada pergi bekerja untuk 2 hari hahaha, tak sebenarnya 2 hari tu aku kerja dengan pakcik aku dekat johor, aku tolong dia dekat bazaar ramadhan dekat mersing, jadi siapa siapa orang mersing yang baca boleh lah datang dan beli martabak, lauk lauk dan juga rojak asma dekat kzfani punya kedai okay .

makanan dia semua sedap sedap dan sangat lazat ! sebab tu aku sepanjang cuti sem lepas aku tak turun berat pun hahahaha. okay tak lawak, jadi korang bolehlah datang ye kalau dah ada dekat mersing tu, oh dia pun ada kedai makan tapi sepanjang bulan puasa ni dia bukak kedai dekat bazaar je, nama kedai dia Kzfani Cafe, bawah D'view Hotel, boleh lah datang, okay done promote .

so yeah, after dah best pergi berjalan, syok duduk rumah goyang kaki, tidur sepuasnya dan bangun sesuka hati anak dara nak bangun pukul berapa hahaha. akhirnya, mulalah hari hari kena bangun awal, jadi orang pertama yang keluar rumah sebab semua kelas pukul 8, tak bagi peluang langsung keluar lambat lambat, semua kelas nak mula awal, sabar je lah.

dan Alhamdulillah, dua hari dah berlalu, semuanya okay, pensyarah pun dapat yang best best, ada yang dari sem lepas ajar, mungkin dah tahu dan faham perangai kelas kitaorang macam mana. so yeah ! selamat kembali ke politeknik atau U masing masing lah, goodluck ! belajar elok elok, naikkan lah pointer anda semua dan marilah kita sama sama banggakan mak ayah masing masing. 

much love,
nani 


Comments

Popular posts from this blog

FAMILY DAY WWJ

CALAQISYA

#HxNTravel VIETNAM TRIP LAST DAY