FAMILY DAY WWJ


Hai, Assalamualaikum

hari ni aku nak cerita tentang, family day waris wok jumaat. korang mesti tak tahu kan apa waris wok jumaat tu kan hahaha. wok jumaat tu moyang aku, kiranya family day untuk family besar lah, dari atok nenek atok sedara nenek sedara makcik pakcik sepupu duapupu belah ibu semua berkumpul. kitaorang buat dekat kompleks rakan muda sukan air dan udara, desaru .

tempat dia okaylah luas untuk buat aktiviti ada dewan, boleh buat bbq, makanan yang diaorang sediakan pun okay sedap, dekar dengan tepi laut, cuma satu je tak okay bilik asrama dia panas, ada kipas tapi still panas. untuk korang nak buat kursus kem ke apa ke boleh lah buat dekat sini . 


antara benda yang buat aku excited nak pergi family day ni sebab nak jumpa sepupu sepupu aku je, yang lain biasa biasa je hahaha. okay, family day ni berlangsung selama 2 hari 1 malam, hari pertama, tengah hari daftar check in bilik, lepas tu makan tengah hari, lepas makan tengah hari semua family boleh rehat solat mandi dan bersiap sedia untuk sukaneka sebelah petang.

dalam pukul 4 petang, semua berkumpul untuk sukaneka, first game teka kacang, okay ini memang akan jadi game paling awal dan paling lambat diberi hadiah hahaha. lepas tu, pertandingan mewarna untuk kanak kanak, ada jugak pertandigan tulisan khat dan untuk pengetahuan semua aku tak masuk apa apa kecuali malam punya game baru aku join hahahaha.


lepas dah habis semua permainan yang menggunakan pensil, pensil warna semua kitaorang pun teruskan dengan lambungan kasih sayang haa nak tengok korang ni berkasih sayang melalui balingan belon air paling jauh hmm faham tak ? faham faham je lah hahaha. lepas tu langkah gergasi, langkah gergasi ni siapa yang kaki panjang tu boleh lah masuk, kalau macam aku, hmm lupakan okay hahaha.

lepas tu permainan baling tin, dia tak macam baling tin yang kita main dia lebih kepada ala ala bowling sebenarnya, diaorang tetapkan satu garisan untuk kau baling bola dan jatuhkan semua tin yang dah disusunkan. lepas dah habis semua aktiviti, semua orang balik bilik dan bersiap untuk makan malam pulak .


malam pulak, kitaorang sambung lagi dengan macam macam permainan, teka dan lukis lah, rebut kerusi lah, cabutan bertuah dan pertukaran hadiah. dan ada jugalah yang ber karaoke tapi untuk yang suara sedap je lah, yang tak sedap nyanyi time petang before start sukaneka sebab taknak orang tengok diaorang nyanyi tapi boleh dengar sampai bilik kot hahaha.

part paling best malam tu adalah bbq, dan malam tu more santai lah, lagi lagi dekat dengan laut kan dengan bunyi ombak dengan angin dia, syoklah santai betul. tenang dan semua orang enjoy dengan aktiviti karaoke semua, dan benda yang paling best kalau dinner family day ni of course cabutan bertuah, lagi lagi kalau ada family yang asyik dia je dapat hadiah mesti semua akan perli sepanjang dia pergi ambik hadiah hahaha kesian .


hari kedua family day dan hari terakhir, pagi bangun pergi sarapan tangkap gambar, lepas habis semua tu kitaorang sambung balik buat aktiviti sukaneka yang tak habis, ada pertardingan rebut gula gula biasalah itu budak budak je lah masuk dan mak budak of course untuk membantu hahaha. lepas tu tiup belon siapa paling besar dan aktiviti paling ditunggu tunggu ....

explorace ! okay sangat best, antaranya leraikan benang, lipat baju, kupas bawang merah bawang putih, masukkan bola dalam gol dan last kali kupas kelapa okay yang part kupas kelapa paling ramai orang tak dapat markah hahaha, susah okay lepas dah kupas kena hias cantik cantik pulak tu. dan hadiah dia sangat menarik, sebab penuh makanan dalam hamper tu hahaha .


itulah cerita dia untuk hari terakhir family day dekat desaru, it was fun ! walaupun ada pelbagai masalah dan tidak puas hati, alah biasalah kan benda benda macam tu. tapi apa apa pun best dapat berkumpul ramai ramai macam ni, bukan senang sebab tak semua duduk dekat johor dan selalunya bila raya je akan dapat berkumpul macam ni. tapi apa apa pun family first okay .

much love, 
nani


Comments

Popular posts from this blog

#HxNTravel VIETNAM TRIP LAST DAY

CALAQISYA