SINGAPORE TRIP


Hai, Assalamualaikum 

okay hari ni aku nak cerita tentang singapore trip aku ! yeay akhirnya setelah lama aku nak cerita pasal singapore trip ni sekarang baru aku berkesempatan ! hahaha. aku pergi singapore bulan lepas selama 2 hari 1 malam, trip ni office ibu yang buat, jadi kitaorang pergi satu bas seramai 42 orang . dan aku pergi pada 7 - 8 may 2016 . 

first day, malam jumaat, kira pagi sabtu dalam pukul 12 malam kitaorang semua bertolak dari kuala lumpur, dalam pukul 5 pagi macam tu aku rasa kitaorang sampai dekat RnR gelang patah untuk bersiap mewangikan diri, solat subuh, sarapan semua dekat sana sebelum kita masuk singapore. aku masuk singapore satu hari je, dan hanya pergi universal studio dan sentosa merlion.


ini anak anak kawan ibu yang paling aku dan along rapat ! of course dari kecik sampai ke besar kalau office ibu buat lawatan ke family day ke dengan diaorang lah kitaorang lepak hahaha. jadi kitaorang masuk dan main semua permainan berlima. okay jadi kitaorang masuk singapore tepat pukul 8 lebih macam tu dan terus bertolak ke universal studio .

dalam pukul 9 macam tu kitaorang sampai uss, semua sibuk tangkap gambar dekat depan pintu masuk sementara nak tunggu pintu bukak pukul 10, lepas pintu dah bukak semua orang dah sibuk masuk termasuklah kitorang berlima. lepas je masuk kitaorang terus beratur pergi main Transformers Ride, masa tu tak ramai lagi orang beratur, jadi kitaorang ni antara yang terawal jugaklah naik   

                                                

Transformers Ride dekat bahagian Sci-Fi City, dalam city ni jugak ada roller coaster ada dua okay, Battlestar Glactica Cyclon & Human, cyclon paling best ! dan wajib naik okay, cyclon dia punya lane warna biru kalau human warna merah, yang paling thrill dan seram cyclon lah, merah biasa je. dan lagi satu Accelerator, dia macam kerusi berpusing tu aku tak main sebab tak sempat .

lepas tu kitaorang pergi, Ancient Egypt ! dekat sini ada dua je permainan, Treasure Hunters, permainan ni sesuai untuk kanak kanak lah, korang naik jeep lepas tu pusing pusing tengok macam mana egyptian excavation side. okay yang permainan kedua ni best! nama dia Revenge of the Mummy ! dia roller coaster indoor, okay best gila sebab kita tahu dalam dia macam mana, kalau korang pergi uss ni benda wajib selain dekat sci-fi city tu.


lepas dah pergi dua tempat tu kitaorang, pergi makan tengah hari dan solat, lepas habis je solat keluar dari surau diaorang tengah buat perarakan semua yang ada dekat situ, untuk tengok video aku ada upload video 15 saat dekat instagram hahaha bestlah korang boleh tengok gambar dekat bawah ni dengan atas tu antara gambar jugak .

oh yeah, yang paling terkejut sepanjang trip ni adalah, aku terserampak dengan cikgu sekolah ! hahaha masa tu macam nak gelak pun ye jugak sebab dia yang tegur aku dulu, aku macam blur eh siapa pulak panggil ni, rupanya cikgu dan rupa rupanya sekolah bukit jalil pun ada buat trip pergi singapore tu setelah dua tahun lepas trip tu dibatalkan hmm .







lepas habis je tegok perarakan ni semua, kitaorang pergi pulak The Lost World untuk main Jurassic Park Rapids Adventure, okay untuk main ni korang boleh santai tak takut basah dan pakai je baju korang pakai tu atau korang jugak boleh bawak baju hujan dari rumah dan ada jugak jual dengan harga 4 atau 5 dollar tak ingat, dalam 12 atau 15 rm lah .

dekat The Lost World ni jugak ada, Water World, Canopy Flyer, Dino-Soarin dan Amber Rock Climb, dan aku tak naik pun sebab tak sempat dah, pergi satu hari macam ni pun tak sempat tau, sekurang kurangnya 2 atau 3 hari untuk korang rasa puas main dekat dalam ni dan yang paling penting main benda yang paling best dulu baru yang lain lain.


oh sebelum aku terlupa, kitaorang jugak ada pergi tengok Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg dekat New York, benda ni best sangat sebab ada second part tu benda tu nampak real gila dan aku tak habis sebut woww woww hahaha, selain tu, ada jugak Sesame Street Spaghetti Space Chase, The Rockafellas dan Sesame Street Stage Shows dan aku tak sempat pergi pun haih .

dekat dengan new york ni ada Hollywood ! sebenarnya masa korang mula mula masuk tu korang akan jumpa Hollywood dulu barulah lain lain hahaha. dekat sini ada Sesame Street Show- When I Grow Up, Mel's Dinettes, The Cruisers dan Lake Hollywood Spectacular dan kesemuanya aku tak masuk ada banyak sebenarnya aku tak masuk dan rasa nak pergi lagi dalam masa terdekat hahaha


okay lepas tu kitaorang pergi tangkap gambar dekat Far Far Away, dekat sini boleh lah acah acah ada istana sendiri hahaha, okay dekat dalam ni ada Enchanted Airways, Shrek 4-D Adventure, Magic Potion Spin, Donkey Live, Puss In Boots' Giant Journey dan The Dance For The Magic Beans dan macam biasa aku tak sempat, sedih bila difikirkan balik .

last tempat yang kitaorang jalan sebelum balik adalah Madagascar ! dekat sini ada Madagascar: A Crate Adventure, King Julien's Beach Party-Go-Round dan Madagascar Boogie. korang boleh lah cuba semua ni dan share dekat aku apa pulak yang best bagi aku apa yang aku dapat tengok dan naik sangat sangat best dan rasa nak masuk lagi .


lepas dah puas bermain, beli segala barang yang nak dibeli, kitaorang pergi sentosa merlion untuk tangkap gambar, sebab kitaorang tak pergi bandar nak tangkap gambar dekat area marina bay , jadi kitaorang tangkap gambar dekat sini sebelum keluar singapore dan balik ke johor bahru untuk makan malam dan untuk merehatkan diri dan tidur .

dekat johor, kitaorang tidur dekat Hotel Sentral Johor Bahru, dan keesokannya kitaorang singgah di jpo dan ayer hitam untuk shopping sebelum balik ke kuala lumpur. itu sajalah singapore trip aku untuk kali ni, nanti kalau aku pergi lagi aku cerita lagi dan aku ingat nak buat tentang vietnam trip aku last year tapi tengoklah kalau ada masa okay bye.

SALAM RAMADHAN, SELAMAT BERPUASA 
BUAT UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

much love,
nani



Comments

Popular posts from this blog

FAMILY DAY WWJ

#HxNTravel VIETNAM TRIP LAST DAY

CALAQISYA