Thursday, September 8, 2016

#HxNTravel VIETNAM TRIP DAY 1


Hai, Assalamualaikum 

woww ! lamanya tak update blog, tak buat entry baru and nowwwww ! sebab ada masa terluang sempena nak cuti raya haji dengan mid sem ni, kita nak update blog tentang Vietnam Trip hari tu ! yeayyy !!! okay, trip vietnam kali ni pergi berempat je satu keluarga, ibu abah aku dan along, last year kitaorang pergi ramai ramai, tapi trip tu banyak shopping dari jalan jalan .

jadi, kali ni kitaorang lebih santai dan lebih banyak berjalan tengok apa ada dekat sana dari shopping walaupun banyak jugak barang yang di bawa balik ke malaysia hiks. okay, flight kitaorang pukul 11.10, tapi pukul 7 dah gerak dari rumah, macam biasa lah kenalah awal sebab nak check in document dan sebab abah ambik perkhidmat kerusi roda jadi kena check in dekat klia 2.


untuk siapa siapa yang ada parents, family or kawan tak sihat ke tak larat berjalan ke atau pun tak kuat sangat untuk berjalan jauh nak pergi gate boleh guna perkhidmatan ni, diaorang punya orang yang jaga pun sangat friendly dan bila kita dah sampai sana pun akan ada orang jaga dan bawakkan kerusi roda untuk kita dan akan tunggu sampai kita habis cop passport sampai lah kita nak naik teksi semua dia akan tolakkan .

harga dia sekali dengan tiket flight, jadi tiket dia harga akan lebih sikit dari kita punya harga tiket, tapi berbaloi dengan keselesaan dan perkhidmata diberikan. okay, kitaorang pergi klia 2 naik erl dan parking kereta dekat putrajaya sentral, untuk parking 4 hari dari pukul (8.00 pagi (27/8) sampai 9.00 (30/8))  RM20 sahaja, jadi sangat sangat berbaloi dari parking dekat klia 2


after 5 hingga 10 minit delayed akhirnya sampai juga vietnam ! sampai sampai, terus ambik teksi pergi saigon pink2 hotel dekat dengan ben thanh market. okay tentang teksi dan hotel aku cerita post last nanti okay, sebab last day tak banyak benda buat, jadi dekat situ kita akan cerita pasal teksi, hotel, tempat makan dan lain lain .

lepas dah berehat lunch semua, kitaorang pergi tengok Vietnamese Water Puppet Show dekat area ho chi minh city jugak, tempat dia dekat je dengan hotel kalau nak jalan kaki, dan dalam perjalanan nak pergi tempat ni, korang akan nampak bertapa gilanya diaorang main pokemon go dekat taman dekat sana, okay ramai betul orang dekat taman tu dan semua main pokemon hmm .



okay, tempat ni kita pagi Golden Dragon Water Puppet Theatre, ramai je foreigner dekat sini yang datang tengok show ni, harga sorang  180,000 VND (RM33) sekali dengan teksi pergi dan balik. kitaorang ambik package yang ada dekat hotel tu, kalau korang duduk saigon pink2 hotel ni, dekat lobi dia ada tour booking, kalau korang nak tour guide dan lain lain lah 

persembahan water puppet show ni dalam bahasa diaroang, tapi korang akan faham persembahan dia kalau korang betul betul enjoy dan focus betul betul. dan untuk korang nak tahu apa nama tajuk tajuk persembehan diaorang tunjukkan, korang boleh ambik brochure yang diaorang sediakan dekat pintu masuk sebelum masuk ke dalam .



diaorang ada  16 persembahan semua sekali, dekat sini aku bagitahu korang semua tajuk persembahan dia, kalau korang nak tengok video macam mana water puppet show ni, aku ada post dekat instagram video 1 minit dia hahaha, tapi kalau korang nak yang real punya boleh pergi dan rasakan sendiri dekat sana best tau, lagipun air asia tengah buat free seat boleh lah dapat kan tiket murah hahahaha 

okay ni tajuk tajuk persembahan dia, Raising the Festival Flag, The narrator: Teu, Dragon Dance,
On a buffalo with a flute, Agriculture, Catching frogs, Rearing ducks and catching foxes, Fishing, Lion Dance, Phoenix Dance, King Le Loi on boat tour or the legend about "Restored sword", Children playing in water, Boat Racing, Unicorns play with ball, Fairy dance dan last sekali Dance of four Holy Animals .


haaa dan orang orang ni lah yang main puppet tu ! dan dekat tepi pentas ni orang orang yang mainkan muzik, kalau korang nak pergi ho chi minh city atau ada hajat nak ke sana boleh lah pergi tengok water puppet show ni sangat sangat best dan ni antara benda wajib pergi selain dari shopping kain dan tudung naelofar hijab okay dan malam hari pertama kitaorang pergi pasar malam dekat hotel cari barang barang yang boleh di bawa balik malaysia, jumpa lagi nanti dekat next post day 2.

much love,
nani 


No comments:

Post a Comment