Wednesday, September 28, 2016

#HxNTravel VIETNAM TRIP DAY 3


Hai, Assalamualaikum

woww ! akhirnya setelah sabar menunggu wifi kembali pulih seperti selalu hahaha, dapat juga update blog ni, yes !! okay so here day 3 !!! untuk hari ke 3 ni, aku banyak berjalan dekat area bandar ho chi minh, pergi muzium, pergi shopping dan naik cruise. oh yeah, untuk pengetahuan korang, sepanjang aku dekat sini, setiap petang atau malam akan hujan dekat sini.

jadi mungkin korang ada perancangan nak pergi bulan yang sama aku pergi atau dalam masa terdekat ni, boleh lah bawak payung ke baju hujan ke, ye lah kita kena bersiap sedia, atau pun korang juga boleh beli payung dekat sana tapi harga dia lebih kurang malaysia jugak RM10 - RM15 macam tu kalau tak silap aku, sebab aku ada tanya hari tu heee.

okay, hari ke 3 ni kitaorang bangun lambat sikit, lepak lepak dulu, sarapan dekat hotel dan dalam pukul 9 baru kitaorang pergi Independence Palace, kitaorang pergi naik teksi dan aku tak ingat berapa harga dia hehehe, tapi kalau korang jenis backpackers memang suka jalan, dekat je palace ni dengan hotel yang aku duduk, jadi boleh lah korang jimat duit dan jalan kaki je. 

harga tiket untuk masuk independence palace ni seorang 30,000 VND (RM6), bangunan ni ada tiga tingkat, dan korang boleh tengok lah bilik bilik perjumpaan diaorang zaman zaman dulu, artifak artifak yang masih ada, dan macam macam lagi, antaranya macam dekat gambar dekat bawah ni lah .










maaf sebab aku tak boleh nak terangkan bilik itu apa ini apa sebab aku lupa hahahaha, tapi apa apa pun ni antara tempat wajib pergi kalau korang jalan jalan dekat bandar ho chi minh okay selain shopping dan shopping hahaha, after dah puas dekat independence palace ni, kitaorang pun nak pergi war museum, dari sini nak ke war museum dalam 5 ke 10 minit je jalan kaki. 

dan dekat sini kitaorang ada masalah sikit dan nanti aku cerita dekat last day post nanti hehehe, okay harga tiket untuk masuk War Museum pulak 15,000 VND (RM3), dekat sini diaorang ada sediakan wheelchair percuma, kalau ada ahli keluarga korang yang memerlukan korang boleh mintak dekat dia atau dia sendiri akan bagi dan pekerja dia sangat friendly dan membantu okay.

dekat war museum ni, banyak dia tunjuk macam mana zaman perang diaorang dulu, sejujurnya ada juga perasaan sedih tu bila tengok gambar gambar diaorang, baca cerita cerita zaman perang diaorang, diaorang punya zaman di jajah dulu lagi menakutkan dari kita hmm, dekat sini juga diaorang ada tunjuk senjata senjata yang digunakan dan macam macam lagi.

dan ini juga tempat wajib pergi dan wajib melawat okay, war museum ni jugak ada 3 tingkat, jadi korang kena naik dan masuk semua untuk tahu cerita cerita zaman perang dan zaman diaorang dijajah dulu, dan dekat dalam war museum ni juga ada kedai jual barang barang souvenir kalau korang ada nak beli untuk di bawa pulang. oh yeah, jom lah layan gambar dekat bawah ni heee





malam terakhir dekat ho chi minh ni, kitaorang dah booking tiket dengan tour guide untuk naik River Cruise dekat bandar ho chi minh ni juga. cruise ni akan melalui Saigon River, korang akan duduk dalam ni tengok persembahan sambil makan malam dan tengok pemandangan Ho Chi Minh City at night, sangat sangat cantik dan tenang tau.

kitaorang ambil package yang tiada makan malam, jadi seorang 200,000 VND (RM38) tapi korang akan dapat free soft drink, jadi korang boleh pilih lah air apa yang korang nak minum. kalau ada yang tertanya tanya makanan dekat dalam ni halal ke tidak, ada yang halal sebab dalam package yang diaorang tawarkan ada halal food untuk makan malam.

nama cruise yang aku naik adalah Indochina Junk Cruise, dia ada dua cruise, satu yang aku naik ni dan satu lagi Bonsai Cruise, aku tak tahu lah lagi satu cruise tu macam mana tapi mungkin sama je macam yang aku naik ni. dan dalam ni akan ada persembahan, menari, main alat muzik dan diaorang juga ada mainkan lagu gelang sipaku gelang okay, rasa di hargai pulak hehehe.











                                     

korang boleh lah layan gambar gambar dekat atas ni okay dan gambar last tu lah Indochina Junk Cruise yang aku naik ni haa cantik kan, jadi bila korang pergi Ho Chi Minh, jangan lupa naik cruise okay, wajib naik tau ! hahahaha, okay lah itu je untuk post kali ni, jumpa nanti dekat post last day dekat vietnam dan post post yang lain juga tau .

much love,
nani 




No comments:

Post a Comment