#HxNTravel VIETNAM TRIP LAST DAY


Hai, Assalamualaikum

okay semua, here come the last day of vietnam trip ! mengambil masa yang sangat lama okay untuk habiskan entry entry vietnam trip ni, sebab terlalu busy dengan assignment class dan drama drama yang perlu dilayan hahahaha. okay, since nani ada sedikit masa terluang ni nani update lah last post yang telah lama ni, sepatutnya update post ni last year tapi this year baru rajin hahaha

okay, hari terakhir nani dekat Ho Chi Minh, kitaorang banyak menghabiskan masa dengan pergi shopping barang barang yang tak cukup lagi nak dibawa pulang hehehe, hari terakhir ni lah tiba tiba nak beli telekung yang tengok masa first day hari tu, nak beli kopi, nak beli kain lagi lah dan lepas shopping kitaorang lunch dan terus pergi airport.

                                     

kitaorang punya flight hari tu pukul 4.20, tapi delayed untuk beberapa minit sebab hujan. dan Alhamdulillah selamat sampai pukul 8.00 malam, dan disebabkan nani tak banyak aktiviti pun last day dekat vietnam ni, jadi dekat entry ni nani akan share, tentang teksi apa yang korang boleh ambik dekat sana, selain tempat yang nani pergi, tempat mana lagi boleh pergi dan lain lain.

okay, first nani nak cerita tentang teksi, dekat vietnam ni banyak teksi dan senang nak dapat teksi, melainkan kalau korang nak pergi tempat tempat macam sungai mekong ke chu chi tunnels ke tu korang kena ambik tour guide di mana korang kena naik bas atau pun sewa van kalau pergi ramai ramai sebab perjalanan dia jauh. 

okay, first teksi yang nani nak sarankan dekat korang, gunakan lah perkhidmatan Vinasun Teksi, teksi ni dia guna meter dan sepanjang nani dekat vietnam, vinasun lah yang nani guna untuk pergi mana mana tempat sekitar Ho Chi Minh city ni. Selain vinasun, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan Malinh Group Teksi, perkhidmatan yang diberikan sama macam vinasun.


Vinasun Teksi


Malinh Group Teksi


Harga untuk setiap KM


okay yang ni pulak hotel, nani duduk di Saigon Pink 2 Hotel terletak di lorong melayu berdekatan dengan Ben Thanh Market, dah dua kali dah duduk hotel ni, bilik yang disediakan sangat selesa dan yang paling best pekerja dia sangat friendly dan dekat lobi hotel ni juga disediakan perkhidmatan tour guide kalau korang tak tahu nak cari tour guide dekat mana.

selain dari hotel saigon pink ni, ada macam macam hotel lain dekat lorong melayu ni dan yang paling penting sepanjang lorong ni korang akan jumpa kedai makanan halal seperti Restaurant Hajah Basiroh, dekat kedai ni korang boleh cuba, nasi putih dan ayam masak kicap dan popia vietnam sangat sedap okay dan sambil berjalan di lorong melayu tu, beli lah kopi ais dia memang sedap.


Restaurant Hajah Basiroh 


Lorong Melayu


okay kali nani nak cerita, tempat mana lagi yang korang boleh pergi selain dari entry entry sebelum ni. kalau korang suka kumpul t-shirt hard rock, korang boleh pergi Hard Rock Cafe dekat sini, kitaorang pergi sini jalan kaki beramai ramai, selain tu, kitaorang pergi Saigon Central Post Office banggunan ni antara tempat yang bersejarah dekat sini.

selain dari tempat dan banggunan bersejarah, korang juga boleh pergi ke Chu Chi Tunnel, tempat ni macam Muzium Perang dekat penang tu, tempat peninggalan zaman diaorang dijajah dan berperang dulu. dekat sini korang boleh juga main menembak tapi kena bayar lah. korang jugak boleh cuba sendiri untuk berjalan menggunakan laluan bawah tanah yang disediakan.


Saigon Central Post Office


Chu Chi Tunnel

okay, itu sahaja cerita nani untuk trip vietnam ni, kita tunggu next post nani akan ke penang pada bulan 5 ni, nanti nani share mana mana tempat yang best dan tempat makan yang sedap okay. have a good day semua, happy weekend, take care. jumpa next entry and next trip .

much love, 
nani


Comments

  1. Ade x pengalaman buruk kat sane? Dgr2 cite ramai gak org malaysia kena tipu..

    ReplyDelete
  2. Ade x pengalaman buruk kat sane? Dgr2 cite ramai gak org malaysia kena tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, saya pernah kena tipu sekali dengan orang yang buat teksi motor dekat sana, mula mula dia kta 50,000 je, bila dah naik dah sampai tempat yang saya nak pergi tu, dia kata harga dia sebenarnya 250,000, lepas dari tu terus tak ambik dah teksi motor tu. tu je pengalaman saya di tipu di sana hehehe

      Delete
  3. Rindu nak pergi Saigon lagi! Saigon antara negara yang best utk dilawati..walau kat mana pun kita kena extra careful walaupun kat negara sendiri..berhati2 dan sebaiknya guna agensi pelancongan yg berdaftar utk lebih selamat..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebelum pergi tengok dulu agensi pelancongan tu dah berdaftar ke belum dan okay atau pun tidak :D

      Delete
  4. Vietnam ... CCL belum pernah jejak kaki ke sana lagi ... tapi selalu dengar vietnam ni negara yang berbahaya .kena hati-hati betul ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak berbahaya, cuma kita perlu berhati hati sebab ada juga kes curi di sana, nanti kalau ada peluang CCL pergi lah, banyak barang yang boleh di beli di sana, best :D

      Delete
  5. Ccl tmbh follower blog ni #188 .jemput yer ke blog CCL

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FAMILY DAY WWJ

CALAQISYA