THINGS CHANGE




Hai, Assalamualaikum,

Its been so long nani tak update blog. how's life going guys? It's been pretty good for me so far, selepas setahun hmm mungkin dua tahun, baru nani rasa macam bernyawa sedikit hehe. as you guys know, lumrah kehidupan untuk kita rasa turun dan naik ni kan. since nani dah lama tak bercerita ni, marilah dengar serba sedikit cerita nani lepas dah lama tak update blog, hilang lebih kurang nak masuk 2 tahun dah kot tak update hehe. banyak yang dah berubah sepanjang nani tak update, datang dan perginya orang dalam hidup nani, sakit kecewa dan sedihnya hati yang gembira dan banyak lagi lah yang jadi, tapi macam orang kata setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. nani nak mula blogging balik sebab nani rindu nak share everything dekat sini. nani rindu nak luahkan rasa, nak cerita apa yang menarik, nak bagi tips travel yang lagi best and nak review tempat tempat makan yang best plus! some movies hehehe. 

by the way, nani dah habis diploma after 3 tahun dekat Politeknik Shah Alam (PSA), nani habis diploma last year bulan april. after nani habis diploma hari tu, nani kerja untuk beberapa bulan, i think dalam 3 ke 4 bulan juga. i work as a personal assistant and it was a good great amazing experience ever. punya lah nani suka kerja tu and nani terpaksa berhenti kerja awal tahun bulan januari hari tu sebab nani dapat sambung degree dekat UUM (Universiti Utara Malaysia).kalau ada sesiapa yang tak tahu UUM kat mana, UUM ni dekat Sintok, Kedah. perjalanan dari KL nak ke sana dalam lebih kurang 8jam mungkin, atau 6jam boleh jadi hehehe. buat masa ni, nani suka duduk sini sebab kawasan dan suasana dia tenang walaupun panas huhuhu. tapi dia jauh dari bandar, awal awal masuk sini susah juga hehehe sebab takde mcd yang dekat hahaha. well nani suka makan mcd okay, tapi bagus juga, takde lah makin gemuk hahahaha. 

tempat ni tenang and for those yang datang memang nak study boleh lah focus study, tak banyak benda yang buat kita leka macam dekat bandar, tapi itu bergantung pada diri sendiri juga sebab nani tak focus mana pun hehehe. its been 5 months kot nani duduk sini, i think lama lama kita boleh je biasakan diri dengan tempat macam ni. nani suka suasana dia sebab its feel different from before, sebab nani membesar, sekolah dan belajar diploma semua dekat KL and Selangor. bila dapat belajar jauhnya, dapat lah belajar how to be independent walaupun sedih jauh dari parents huhuhu. nanti kalau nani rajin, nani buat satu entry khas untuk UUM, jadi bila ada yang berminat nak masuk UUM nanti boleh lah baca hihihi. sekarang nani dah mula cuti semester boleh lah nani update banyak banyak sebelum nani busy balik dengan life hehehe. see you guys soon okay! InshaAllah!

love, 
hannanisarmani

Comments

Popular posts from this blog

FAMILY DAY WWJ

#HxNTravel VIETNAM TRIP LAST DAY

CALAQISYA