#HxNTravel VIETNAM TRIP DAY 2


Hai, Assalamualaikum 

Okay, its day 2 for vietnam trip and lupa nak bagitahu vietnam trip ni kita ke Ho Chi Minh City, walaupun aku ada je sebut kita ke mana last post hehehehe . okay, day 2 aku perjalanan dia jauh dari bandar, alahh adalah dalam 80 km bersamaan 1 jam 45 minit perjalan ke Sg.Mekong, dan ni juga antara tempat wajib pergi bila korang sampai ke sini .

kitaorang breakfast dekat hotel pagi tu dalam pukul 8 pagi dan untuk pengetahuan korang dekat sana masa dia lambat satu jam dari malaysia. then, lepas dah breakfast semua dalam pukul 9.30 kitaorang dari hotel ke sg mekong naik kereta sewa. sepanjang perjalanan kita akan nampak sawah padi dan sepanjang perjalanan jugaklah aku tidur hahahaha .



sampai je sana, kitaorang dapat one tour guide nama dia Siti, hmm aku lupa apa nama vietnam dia, tapi dia okay pandai speak in english and paling fun dia pandai nyanyi lagu melayu okay guys. Siti ni sangat friendly dan pandai tarik perhatian kau untuk dengar cerita dia tentang sg mekong ni. sampai sampai je korang dekat sini, korang akan naik boat untuk pergi satu pulau ni dinamakan Unicorn, tiket untuk naik boat dan semua aktiviti dekat sini dalam 100,000 VND ke 200,000 VND

sampai dekat unicorn island tu, korang akan dibawa untuk minum madu, okay madu dia sangat sangat sedap dan original okay original, satu botol dalam 120,000 VND (RM 22), dekat sana diaorang akan hidang kan kau madu yang dibancuh dengan air dan pati bunga, lepas tu dia jugak ada jual royal jelly, satu botol dalam 100,000 VND (RM20) kot tak silap aku lah. kalau korang nak tahu royal jelly tu apa korang boleh Tekan Sini .



lepas kitaorang dah pergi minum madu, kitaorang dihidangkan pulak buah-buahan sambil dengar orang dekat sana buat persembahan dan yang paling fun diaorang nyanyi lagu melayu untuk penutup persembahan diaorang . sambil korang makan makan, korang jugak boleh jalan jalan dekat situ dan shopping bag ke apa apa souvenir untuk dibawa balik.

okay, dah puas makan layan persembahan, korang akan pergi naik sampan ! yeay aku suka part ni masa sebelum sampai, dan bila dah naik rasa ngeri seram semua ada dia macam menakutkan jugak bila dia senget macam nak terbalik hahahaha, after 5 minutes i'm okay hahaha. oh yeah untuk korang nak tahu tentang sg mekong ni boleh Tekan Sini  .


How can you tak seram tengok ni 


macam nak jatuh, tapi okay je hahahaha



after dah puas naik sampan. next top korang akan makan gula kelapa or we call it coconut candy, sedap tau, kitaorang dapat yang diaorang baru je siap buat panas lagi, korang boleh tengok gambar dekat atas ni, macam mana diaorang buat gula gula tu dan diaorang jugak ada juga jual dekat situ, tapi aku tak ingat satu bungkus tu berapa .

okay, lepas dah makan gula gula semua, kitaorang naik boat dan balik semula ke jeti tadi, dalam perjalanan nak balik jeti diaorang akan bagi korang minum air kelapa, sedap dan sangat sangat fresh okay, lepas tu, kitaorang balik bandar balik dan lunch dekat satu restoran dekat masjid dekat vietnam, nanti aku bagitahu dekat last day post okay, dan malam macam biasa shopping dekat pasar malam .


I'm happy hiks


oh, my mom and dad, okay jumpa lagi next post day 3 

much love,
nani

Comments

Popular posts from this blog

FAMILY DAY WWJ

#HxNTravel VIETNAM TRIP LAST DAY

CALAQISYA