2 0 1 7


Hai, Assalamualaikum

lamanya tak update blog, after 3 months guys !! and nani is back !! sorry, sangat sangat busy sejak naik semester baru ni sampai kadang kadang masa untuk diri sendiri pun takde, okay tak tu tipu je hahahaha. so yeah, sebelum terlambat nani nak ucapkan Happy New Year ! semoga yang baik baik sahaja buat semua orang, of course lah kita mesti nak yang positive je dalam hidup kan heee .

setiap kali tahun baru, kita mesti ada azam baru, tak azam baru pun kita bawa azam tahun lepas tu ke depan, cerita pasal azam ni, dari tahun lepas lepas lepas lagi azam nani tak pernah berubah sama je sepanjang tahun, jadi orang yang lebih baik, banggakan ibu abah, move on since setiap tahun kena reject hahahahaha, be more positives dan sentiasa husnuzon hahahaha.

semua orang ada azam masing masing kan, korang pun boleh share azam korang atau goals korang tahun ni dengan orang lain. mungkin ada orang yang nak kahwin ke tahun ni, nak beli kereta, nak beli rumah mungkin haaa macam macam, dan nani harap apa yang korang harapkan tahun ni semua berjalan lancar Insya'allah.

tahun 2016 banyak mengajar nani, senang cerita tahun tu tahun drama of the year sangat, kalau masuk anugerah skrin mungkin boleh menang mungkin lah hahahahaha. tapi dari situlah kita belajar untuk kuat, tabahkan diri, sabarkan diri dan dekatkan diri kita lagi dengan Dia. Insya'allah semuanya tenang dan selamat. sama sama kita ubah diri pada tahun yang baru ni heee

ohhh sebelum nani tamatkan entry ni, nani nak mintak tolong semua untuk like fb page ni (THE H SCARVES) ni project digital entrepreneur nani untuk semester ni, jadi like dan follow lah yea, ada macam macam warna tudung yang cantik tau, dekat instagram pun ada boleh follow ( @thehscarves ) okay guys , thank you hehehehe 

much love,
nani

Comments

Popular posts from this blog

FAMILY DAY WWJ

CALAQISYA

#HxNTravel VIETNAM TRIP LAST DAY